Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Terengganu FC Pandang Serius Isu Akhyar Dipercayai Disamun
Kelab bola Terengganu FC memaklumkan pihaknya memandang serius mengenai insiden pemainnya, Akhyar Rashid yang dipercayai disamun malam tadi.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Terengganu FC berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang membuat siasatan terhadap perkara tersebut.
“Dukacita dimaklumkan, pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah menjadi mangsa samun yang berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi.
“Insiden ini menyebabkan Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki.
“Namun beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu,” kata kelab itu.
Pihaknya juga memohon akan tiada yang membuat sebarang spekulasi liar berhubung kejadian itu bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.
“Kami juga ingin menyeru buat para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia agar dapat mendoakan kesembuhan buat Akhyar Rashid,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman X.
Terdahulu, tular rakaman video yang menyaksikan keadaan Akhyar Rashid yang cedera selepas didakwa disamun malam tadi.
Sumber: Terengganu FC