Masih ingat lagi kisah adik Dhuha yang pinjam duit ibunya terlebih dahulu dan berjanji untuk bayar semula apabila sampai di rumah?
Pengguna Facebook, Mai Izyani sering kongsikan pengalaman membesarkan anak dan mengajarnya berdisiplin apabila berbelanja dengan membenarkannya membeli dua barang sahaja.
Dalam artikel yang lalu, kami kongsikan kisah anaknya, adik Dhuha yang hanya dibenarkan untuk beli dua barang sahaja setiap kali pergi ke kedai. Menariknya, adik Dhuha akur dengan syarat itu dan akan pilih dua barang sahaja.
Lebih menarik lagi, adik Dhuha akan pergi ke kaunter bayaran dan membuat pembayaran dengan sendirinya.

Hari ini, sekali lagi kami ingin kongsikan kisah adik Dhuha yang pergi ke kedai dan kali ini dia dibenarkan untuk pilih lima barang. Menurut ibunya, ia bertujuan untuk meraikan duit raya yang diterimanya tempoh hari.
Namun apa yang mencuit hati, dia terpaksa keluarkan duit lebih kali ini kerana telah mengambil lima barang berbanding kebiasaannya hanya dua barang saja sebelum ini.
Menariknya, adik Dhuha ini juga turut berasa ‘takut’ dengan jumlah bayaran yang perlu dibayarnya. Walaupun hanya lima barang, namun bagi kanak-kanka kecil sepertinya, jumlah itu terlalu ‘besar’.
Ikuti perkongisan lanjut dari Mai Izyani mengenai celoteh anak perempuannya itu, moga ada sedikit manfaat dari perkongsian ini.
“Mak Dhuha Nak Beli Dua Barang Je Lepas Ni…”
Semalam, pertama kali Dhuha dapat izin beli barang sampai lima barang. Sengaja raikan duit raya dia dapat. Seronok dia pilih sampai lima apa dia nak dekat Mr Dollar tu. Tapi masih kena tanya-tanya mak, “Mak nak ni boleh tak?”.
Pelanggan lain dan pekerja kat situ asyik ketawa tengok keletah dia. Ok, cukup lima barang, saya teman dia pergi kaunter. Sekali dia keluarkan sikit je duit RM1 dia tu dari beg tangan dia.
“Eh Dhuha, tak cukup tu, kena keluar banyak. Dhuha beli banyak.” Ah sudah, dia cengkam beg dia tak nak keluarkan. Pelanggan lain dah mula beratur. Tadi kami je ok lagi, sekarang saya dah gelabah.
“Meh meh mak keluarkan lagi duitnya.”
“Tapi nanti duit Dhuha dah sikit,” muka dia dah monyok masa ni.
“Ha beli banyak kena lah keluar duit banyak, eh cepat lah. Berdrama pulak mak kat sini,” saya dah mencangkung sambil dukung Sofwan.
Pelanggan belakang kami dah ketawa-ketawa sebab mereka jugalah orang yang saksikan Dhuha dari tingkat atas kira dan isi barang dalam bakul dia sendiri.
Ah sekepuk mak tarik semua duit RM1 dia. Rasain lu. Keluar dari kedai, Dhuha cakap “Mak, Dhuha nak beli dua barang je lah lepas ni.”
BACA JUGA: “Mak, Dhuha Pinjam Dulu Duit Mak…” Wanita Ajar Anak Disiplin Belanja Di Kedai, Hanya Dua Barang
Sumber: Mai Izyani
