Tidur semasa kerja merupakan kesalahan yang serius. Apatah lagi jika ia melibatkan bidang perkhidmatan yang boleh memberi kesan langsung kepada orang awam.
Baru-baru ini, RapidKL telah menerima aduan atas salah laku ‘staf’ mereka yang tidur semasa waktu bekerja. Dengan komputer terpasang di depan mata, ‘staf’ berkenaan enak berbaring di atas kerusi sambil menutup muka.
Gambarnya telah diambil dan dihantar di ruangan komen laman RapidKL.

Susulan itu, RapidKL telahpun mengambil tindakan ‘mendenda’ staf berkenaan untuk melakukan kerja nyah kuman dalam gerabak LRT mereka.
Gambar pelaku turut dimuatnaik untuk pengajaran orang ramai.
Marathon drama Korea rupanya
Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat kucing yang turut dikenali dengan nama Si Cantik itu. Tak kurang juga ada yang ‘meminta’ denda lebih berat dikenakan.
Bukan tidur, tapi tengah berfikir


Suruh dia pam tayar LRT la

Tutupkan lampu jap, penat dia marathon K-Drama

Silap-silap basah kerusi keluar air liur basi dia

