Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terima Mesej Tular? Ini Cara Semak Mesej "Viral" Melalui AIFA

AIFA
Gambar: ImageFX

Terima Mesej Tular? Ini Cara Semak Mesej "Viral" Melalui AIFA

Dalam dunia yang serba moden ini, telefon pintar merupakan salah satu medium yang digunakan untuk menghantar maklumat, berkomunikasi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ia juga berperanan sebagai alat komunikasi yang mampu memberi maklumat kepada penggunanya.

Mana tidaknya, segala informasi boleh diakses hanya di hujung jari. Dalam erti kata lain, hanya satu klik, kita mampu memperoleh maklumat yang diinginkan.

Namun, selari dengan kemajuan, ramai yang menggunakannya dengan cara yang tidak betul. Sebagai contoh, ramai yang mengambil kesempatan untuk menipu orang atau menyebarkan maklumat palsu.

Malah, yang lebih teruk, mesej-mesej palsu yang disebarkan itu mampu memperdayakan ramai orang. Ada yang lebih teruk, ada yang kerugian wang ringgit, data dan maklumat peribadi dicuri dan yang lebih teruk ada sehingga akaun bank peribadi digodam.

Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berkongsi cara untuk menyemak dahulu sama ada maklumat yang disebarkan sahih ataupun tidak.

Terima Mesej "Viral"? Semak Dulu

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui inisiatif AIFA yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berfungi untuk memberi semakan berita pantas kepada orang awam.

Orang awam dinasihatkan untuk menyimpan nombor rasmi AIFA di talian 03-86887997. Anda juga boleh menghubungi mereka bagi melakukan semakan kesahihan berita tersebut.

Caranya, panjangkan (forward) atau hantar berita yang meragukan untuk disemak oleh pihak berkuasa. Kemudian, AIFA akan memberikan maklumat daripada sumber rasmi kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari www.sebenarnya.my iaitu sebuah portal rujukan utama negara yang digunakan untuk menyemak berita tular di media sosial.

Ingat, semak dahulu baru sebar! Maklumat sahih adalah tanggungjawab bersama demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Kredit: Kementerian Dalam Negeri (KDN)