Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cara Semak Nombor Telefon & Akaun Bank “Scammer” Dengan Mudah
Sejak kebelakangan ini, kes penipuan dalam talian (scam) semakin menjadi-jadi. Hari-hari ada sahaja kisah mangsa yang kehilangan duit beribu ringgit.
Lebih memilukan, duit yang lesap itu kadang-kadang adalah hasil titik peluh bertahun lamanya. Sama ada simpanan masa depan, duit persaraan atau modal berniaga.
Hakikatnya, scammer sentiasa mencari mangsa baharu. Tapi berita baiknya, kini ada cara mudah untuk kita elakkan diri daripada terperangkap dengan helah mereka.
Caranya? Guna sahaja “Semak Mule CCID PDRM”.
Semak Mule ialah portal rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia adalah sistem dalam talian yang membantu orang ramai menyemak sama ada nombor akaun bank, nombor telefon atau nama syarikat pernah terlibat dalam kes penipuan.
Ringkasnya, sebelum kita transfer duit atau percaya pada tawaran yang mencurigakan, kita boleh semak dahulu. Jika ada amaran, bolehlah terus hentikan urusan tersebut.
Berikut langkah mudah untuk menyemak sama ada nombor akaun, nombor telefon atau nama syarikat yang digunakan adalah scammer atau tidak:
1. Layari Portal Rasmi Semak Mule – Pergi ke laman web rasmi Semak Mule CCID PDRM.
2. Pilih Kategori – Pilih sama ada mahu menyemak nombor akaun bank, nombor telefon atau nama syarikat.
3. Masukkan Maklumat – Taip nombor akaun, nombor telefon atau nama syarikat yang ingin disemak di ruangan yang disediakan.
4. Klik Semak’ – Tekan butang Semak untuk mendapatkan keputusan.
Selain fungsi semakan, PDRM turut menyediakan senarai “Top 10” nombor telefon dan nombor akaun bank yang paling kerap digunakan oleh scammer sebagai rujukan orang ramai.
Senarai ini dikemas kini dari semasa ke semasa, maka orang ramai boleh melayari portal rasmi Semak Mule untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kes penipuan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau latar belakang.
Dengan adanya sistem Semak Mule CCID PDRM, orang ramai kini mempunyai cara lebih mudah untuk membuat semakan sebelum melakukan sebarang urusan kewangan.
Ingat, sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer.
BACA: ‘Angkut’ 3 Kereta Dalam Sebulan, Abang Ni Bongkar Rahsia Menang Contest Anda Kena Cuba
Sumber: PDRM