Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media hari ini mengumumkan sedikit kelonggaran akan dibuat bagi membawa balik mereka yang terkandas di kampung halaman sebelum PKP fasa 1 dilaksanakan.
Iklan
“Kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah untuk membenarkan mereka yang terkandas untuk dibawa pulang.
“Mereka boleh berdaftar secara online atau membuat temujanji di balai polis bagi tujuan pendaftaran.
“Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan supaya tiada kesesakan berlaku.
“Anda perlu pastikan sihat dan tiada gejala. Butiran bagi perkara ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.”