Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 14 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Termasuk 13 Kes Penularan Tempatan

covid-19 malaysia
Kredit: Google

Putrajaya, 2 Ogos – Sebanyak 14 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,999 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah tersebut, 13 kes merupakan penularan tempatan di mana 11 daripadanya melibatkan Kluster Sivagangga.

Sebanyak dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 210 kes aktif sedang diasingkan dan mendapatkan rawatan.

Sementara itu, sebanyak 17 kes discaj dilaporkan setakat hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh 8,664 bersamaan 96.28 peratus.

Tiada kematian baru dicatatkan.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah