Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 15 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 11 Kes Tempatan Dan 7 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 15 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (19 Julai 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,553 kes secara keseluruhannya.

15 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,779.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula dilaporkan hanya tinggal sebanyak 103 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 4 kes import manakala 11 lagi adalah kes tempatan.

Daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 2 kes dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 1 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM