Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 20,837 kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini terus meningkat kepada 1,593,602 kes setakat ini.
Berdasarkan statistik KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi dengan 4,645 kes, diikuti Sabah dengan 3,376 kes dan Pulau Pinang 2,504 kes.
Negeri-negeri yang mempunyai kes rendah di bawah 1,000 hari ini adalah Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, WP Labuan, WP Putrajaya dan Perlis.
Jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan dalam laporan KKM selanjutnya.

Sumber: KKM
