Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 3,142 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 15 Lagi Kematian

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,142 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, antara negeri yang mencatatkan kes positif baharu tertinggi pada hari ini adalah Selangor (1,019), Kelantan (523), Kuala Lumpur (440) dan Sarawak (416).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berdukacita untuk memaklumkan bahawa jumlah kematian yang dicatatkan pada hari ini adalah sebanyak 15.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia