Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 4,008 Kes Positif Baharu Covid-19, Selangor Catat 1,391 Kes Positif Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat penambahan kes positif Covid-19 iaitu 4008 kes. Sehubungan dengan itu, sebanyak 2,374 kes telah sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 169,379 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di negara kita mencecah 41, 087 kes. Daripada jumlah tersebut terdapat 246 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 96 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumakan bahawa terdapat 11 kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 630 kes.

Jumlah kes harian hari ini, 20 Januari 2021 merupakan antara kes tertinggi yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Senarai pecahan bilangan kes positif Covid-19 di seluruh negara setakat hari ini, 20 Januari 2021.

Sumber: KKM