Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 4,839 Kenderaan Diarah Patah Balik Pada Jumaat, Paling Tinggi Dicatat Sejak PPN Dilaksanakan

Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran diarah patah balik sejak Jumaat (16 Julai 2021).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, ini adalah angka tertinggi pernah dicatatkan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.

Kerajaan menasihati orang ramai supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Peningkatan kes serta kluster yang disebabkan pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar agar semua pihak tidak mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Sumber: Bernama