Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 5,803 Kes Positif Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 2,108 Kes

Gambar: Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 26 Jun 2021, terdapat 5,803 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau menyatakan bahawa 5,803 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 728,462 kes.

Selangor kekal lagi sebagai negeri yang paling tinggi mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,108 kes.

Negeri Sembilan pula naik ke negeri kedua tertinggi berbanding semalam dengan mencatatkan sebanyak 741 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berada di kedudukan negeri ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 628 kes.

Sementara itu, negeri-negeri lain pula masih lagi mencatatkan ratusan kes kecuali bagi negeri Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah