Sebanyak 6 kes baharu yang telah pulih dan discaj hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8, 965 bersamaan dengan 96.7%.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 7 kes termasuk 5 kes tempatan dan 2 kes import. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu Covid-19 adalah sebanyak 9, 274 kes dengan 185 kes yang masih aktif.
Tiada kes kematian dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian kumulatif adalah kekal sebanyak 125 kes bersamaan 1.35%.
Sumber: Noor Hisham Abdullah