Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Bank Islam Sediakan Moratarium Sehingga Enam Bulan Untuk Mangsa Banjir

Bank Islam dalam satu kenyataan media menawarkan moratorium khusus bagi membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat bencana banjir di bawah Program Prihatin.

Menurut Bank Islam, inisiatif ini dijalankan bagi meringankan beban kewangan para pelanggan di bawah kemudahan Pembiayan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang menjadi mangsa banjir.

Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam (6) bulan bagi bayaran komitmen bulanan mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sumber: Twitter Bernama TV via DaulTGM