Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 17,134 kes baharu COVID-19 yang telah direkodkan hari ini.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,956,332 kes.
Semalam, negara mencatatkan 13,944 kes, lebih rendah sedikit berbanding hari ini.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.
Sumber: Noor Hisham Abdullah