Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 1,063 Kes Baharu Hari Ini, Jumlah Kes Harian Terendah Tahun 2021 Setakat Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 1,063 kes positif COVID-19 baharu hari ini.

Berdasarkan kenyataan ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan angka harian terendah dalam tahun ini.

Beliau memaklumkan jumlah tersebut menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Untuk rekod, Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 323 kes, diikuti Sarawak dengan 183 kes dan Pulau Pinang 175 kes.

Bagaimanapun angka bagi kes sembuh dan kematian akan dilaporkan menerusi kemas kini selanjutnya.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KP Hisham