Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 13 Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini, Keseluruhan 561 Kluster Dilaporkan Setakat Ini

Gambar Via Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa terdapat 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini.

Berikut merupakan perincian bagi kesemua kluster tersebut.

KLUSTER DATARAN UTAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER CASA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pasaraya. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MEDAN JASA

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor; daerah Kuala Kangsar di Perak; dan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107659) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TASIK UTAMA

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123974) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER FIRMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BERSEPADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118692) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG PITAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115262) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER IKAN EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAYUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121936) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SEPUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah restoran. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER ANAK AIR

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114997) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Pertambahan 13 kluster ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 561 kluster setakat ini.

Sumber: Kp Kesihatan