PUTRAJAYA, 25 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 970 lagi kes positif COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 setakat ini meningkat ke 58,817 kes, bersamaan 12,971 kes aktif.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya lima (5) kes import, selebihnya merupakan penularan tempatan.
Negeri Sembilan mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 318 kes, diikuti Sabah 293 kes dan Selangor 115 kes.
Difahamkan, peningkatan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan berkaitan dengan kluster penjara iaitu Kluster Bakti sebanyak 301 kes.
Dalam pada itu, angka sembuh juga mencatatkan rekod yang tinggi dengan 2,348 kes, menjadikan angka pulih keseluruhan turut meningkat ke 77.7 peratus.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: KKM
