Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 5,718 Kes Sembuh Direkodkan Hari Ini, Jauh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Hanya 2,720 Kes

Kredit gambar: Google

PUTRAJAYA, 16 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,720 kes baharu COVID-19 hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 269,165 kes setakat ini.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula adalah lebih tinggi iaitu 5,718 kes, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan meningkat kepada 83.2 peratus.

Difahamkan, tiada sebarang kes import dilaporkan dan Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM