Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,739 lagi kes positif COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kes keseluruhan setakat ini meningkat kepada 360,856 kes.
Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi dengan 535 kes, diikuti Sarawak dengan 443 kes dan Pulau Pinang 113 kes.
Maklumat lanjut mengenai kes sembuh dan jumlah kematian akan menyusul.
Sumber: KKM
