Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: Tiga Kluster Baharu Dicatatkan Hari Ini, Dua Darinya Di Kuala Lumpur

Gambar Via Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan akhbar memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu yang dicatatkan hari ini iaitu Kluster Jalan Rusa, Kluster Tapak Bina Pasifik dan Kluster Maringkan.

Berikut merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.

KLUSTER JALAN RUSA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 melalui saringan komuniti di sebuah kawasan kediaman bermula awal Disember 2020. Saringan ini dijalankan selepas satu (1) kes positif dikesan di kalangan penduduk pada penghujung bulan November 2020. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA PASIFIK

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 159 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MARINGKAN

Kluster ini melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: Kp Kesihatan