Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI DARURAT: Agong Perkenan Tubuh Jawatankuasa Bebas Libatkan Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang, Pakar-pakar Kesihatan & Pihak Berkaitan

Kredit: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah perkenan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas melibatkan ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang.

Titah Seri Paduka Baginda menerusi satu perutusan, turut sama yang terlibat dalam usaha tersebut adalah pakar-pakar kesihatan dan pihak yang berkaitan.

“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” jelas perutusan tersebut hari ini.

Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah turut perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dapat dilaksanakan ekoran situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini berada pada paras amat kritikal.

Tempoh darurat yang diperkenankan adalah sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal sekiranya angka kes hariana COVID-19 dapat dikawal.

Sumber: BERNAMA