Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Susulan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 12 Mei 2021 ini, kerajaan telah menetapkan bahawa dine-in di restoran dan kedai makan tidak dibenarkan.
Pun begitu, penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada petang ini.
Menerusi kenyataan itu, Muhyiddin juga berharap agar rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
“Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.
Sumber: Muhyiddin Yassin