Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Ritcher ‘Goncang’ Lautan Hindi Selatan Sebentar Tadi

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher dilapor berlaku di Lautan Hindi Selatan pada pukul 4:33 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut berada di 9.2 darjah selatan dan 88.4 darjah timur.

Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 10 kilometer bawah serta terletak 1,463 kilometer barat daya dari Siberut, Indonesia.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia