Satu gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Tenggara Kepulauan Ryukyu pada jam 11.45 malam sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa yang bermagnitud 6.5 itu terletak di 23.7° Utara dan 126.3° Timur dengan kedalaman 10 km. 307 km Barat Daya dari Naha, Jepun.
Tiada amaran tsunami yang dikeluarkan setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia