Jabatan Meteorologi Jepun sebentar tadi telah mengeluarkan amaran tsunami di beberapa kawasan berpantai di selatan Pulau Amami dan Pulau Tokara.
Amaran berkenaan dikeluarkan susulan letusan gunung berapi bawah laut di Tonga yang berlaku petang tadi.
Menurut laporan NHK, pihak berkuasa menjangkakan ombak setinggi 3 meter bakal membadai kawasan-kawasan berkenaan.
Terdahulu, video letusan gunung berapi berkenaan menjadi viral selepas letusan berkenaan kelihatan dari angkasa sehingga berjaya dirakam oleh satelit.

Susulan letusan berkenaan, tsunami turut dilaporkan melanda beberapa kawasan di Tonga selain amaran bencana yang sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan pantai New Zealand dan Alaska.

Sumber: NHK, The Mainichi
