Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kekal Bawah 3,000 Kes, 2,757 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Pada Hari Ini

Gambar Hiasan via BERNAMA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,757 kes.

Menerusi perkongsian Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 2,743,936 kes.

Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan sebanyak 2,778 kes.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: Twitter