Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kelonggaran Bagi Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Minggu Depan – PM

Gambar: BERNAMA

Kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19 akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian seperti yang dilaporkan BERNAMA menerusi ciapan berita ringkas di Twitter hari ini.

Selain itu, syarikat farmaseutikal Pharmaniaga dilapor telah melengkapkan pembekalan 12.4 juta tempahan vaksin Sinovac untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam laporan lain, Muhyiddin juga memaklumkan bahawa 88.60 peratus daripada 3.025 juta warga emas berdaftar telah diberi suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos setakat ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA