Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kenderaan Bawa Ketua Polis Negara & Panglima Angkatan Tentera Dilihat Memasuki Bangunan Perdana Putra

Kredit: Bernama

Kenderaan yang membawa beberapa individu penting dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini, lapor Bernama TV.

Menurut agensi itu di laman Twitter, kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat tiba pada 9.20 pagi tadi.

Dalam pada itu, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan memasuki Pintu 2 Istana Negara pada 9.30 pagi,

Dalam kemaskini yang terbaru Bernama TV, kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilihat memasuki pintu protokol Bangunan Perdana Putra, Purtajaya sebentar tadi.

Sumber: Bernama TV