Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Lebih Rendah Berbanding Semalam, 13,104 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Gambar Hiasan Via Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 13,104 kes COVID-19 baharu pada hari ini, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi laman Twitter miliknya.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,198,235 kes setakat ini.

Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,943 kes, diikuti Selangor dengan 1,558 kes dan Johor 1,455 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dilaporkan pada laporan selanjutnya.

Sumber: KKM