Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Majlis Keselamatan Ukraine Gesa Darurat Diisytiharkan Di Seluruh Negara

Kerajaan Ukraine digesa untuk mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara berikutan konflik yang melanda negara itu dengan Rusia.

Gesaan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Ukraine pada Rabu itu meminta agar proklamasi darurat dilaksanakan seluruh negara tersebut kecuali di wilayah Timur iaitu di Donetsk dan Luhansk yang dikawal oleh pemisah pro-Rusia.

Pengisytiharan darurat ini akan berlansung selama 30 hari yang mana membenarkan kerajaan antaranya melakukan sekatan jalan raya dan pemeriksaaan kenderaan besar-besaran di seluruh negara. Keputusan ini bagaimanapun memerlukan kelulusan daripada Parlimen sebelum berkuatkuasa.

Terdahulu, kerajaan Ukraine menggesa untuk rakyatnya keluar meninggalkan Rusia secepat yang mungkin.

Sumber: TRT, DW.com