Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: PM Tiba Di Pahang, Dijangka Akan Persembah Senarai Anggota Kabinet Kepada YDP Agong

Foto: Bernama

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mempersembahkan senarai jawatan jemaah Kabinet yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Dalam satu laporan daripada Bernama hari ini mengatakan bahawa Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di sini bagi mendapat perkenan baginda.

Ismail Sabri yang merupakan ahli parlimen Bera telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke-9 pada Sabtu lalu selepas Istana Negara menerima pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada 220 ahli Parlimen menerusi surat akuan.

Sumber: Bernama