Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Presiden Ukraine Seru Rakyat Keluar Berperang

Kredit: Business Standard

Berikutan krisis pergolakan antara Russia Dan Ukraine yang semakin genting ketika ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengarahkan semua rakyat mereka bersedia untuk berperang.

“Zelenskyy telah menyeru semua rakyat yang bersedia untuk mempertahankan negara daripada tentera Russia dan tampil berdepan dengan mereka.

“Beliau mengatakan Kyiv akan mengeluarkan dan memberikan senjata kepada semua orang yang ingin berdepan dan berperang mempertahankan negera mereka,” lapor Al-Jazeera sebentar tadi.

Menurut Al-Jazeera, Presiden Ukraine itu juga menggesa rakyat Russia untuk keluar dan membantah keputusan Moscow menyerang wilayah mereka.

Dalam masa sama, Zelenskyy juga turut mengisytiharkan undang-undang tentera, menyeru rakyat untuk berjuang serta mendakwa Ukraine akan “menang”, lapor Aljazeera lagi.

Sumber: Al-Jazeera