Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Status PKP Beberapa Negeri Termasuk Kedah, Kelantan & Putrajaya Bertukar Kepada PKPB Mulai 19 Feb Ini

PUTRAJAYA, 16 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ditukar statusnya kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 19 Feb ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Bagaimanapun, hanya Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP) ekoran kadar jangkitan COVID-19 dilaporkan agak terkawal di sana.

Pelaksanaan tersebut berkuatkusa selama 14 hari sehingga 4 Mac ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: RTM