Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Terowong SMART Ditutup Sepenuhnya, Ini Sebabnya

Gambar: BERNAMA

TERKINI, Terowong SMART di Kuala Lumpur dilapor telah ditutup sepenuhnya hari ini bagi persediaan operasi banjir.

Smart Tunnel menerusi Twitter memaklumkan sedemikian dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Sementara itu, beberapa lokasi utama di sekitar Lembah Klang dilapor terjejas dengan kejadian banjir kilat.

Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan-kenderaan di laluan utama dipercayai terganggu.

Dalam masa sama, beberapa rakaman video suasana banjir yang dirakam orang awam juga turut dimuat naik ke media sosial.

Berita lanjut menyusul.

Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar Masjid Jamek dan bandaraya Kuala Lumpur turut ‘ditenggelami air’. Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan peningkatan paras air berlaku dengan cepat.

Malah, satu kejadian banjir kilat turut berlaku di jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur sekitar jam 4:15 petang tadi.

Difahamkan banjir kilat yang berlaku di kawasan ini mengakibatkan beberapa trafik di situ mengalami gangguan.

Beberapa lorong di sana dilapor terhalang dan hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui iaitu di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.

BACA JUGA: (Video) TERKINI: NADMA Senarai Lokasi 9 Jalan & Sungai Paras Bahaya Sekitar KL

Sumber: SMART