Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini adalah sebanyak 333 kes.
Menerusi kirimannya di Facebook, jumlah kumulatif bagi kes yang telah pulih dari Covid-19 dan dibenarkan discaj dari hospital adalah 7,733 bersamaan 90.9%.
Jumlah kes pulih yang dicatatkan hari ini juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu.
Sumber: Noor Hisham Abdullah