Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Tiada Fakta Jelas Bahawa PM Tidak Lagi Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat – Peguam Negara

Kredit: Bernama

Dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih kekal menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, lapor Bernama, memetik kenyataan Peguam Negara hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tiada fakta jelas bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk Kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Buat masa ini, Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” tulis kenyataan itu.

Jelasnya, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli dewan sendiri dan bukan melalui kenyataan suatu parti atau mana-mana pemimpin parti politik.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.”

Sumber: Bernama