Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menerusi kenyataan IJN yang dimuat naik di Twitter rasmi Tun Mahathir, beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Jelas kenyataan itu, sebarang pelawat tidak dibenarkan buat masa ini berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Terdahulu, Tun Mahathir turut pernah dimasukkan ke IJN pada 16 Disember tahun lalu kerana menjalani sesi pemeriksaan perubatan.

Sumber: Twitter rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad