Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rusia dilaporkan cuba menyerang sebuah menara pemancar siaran televisyen yang terletak di bandar raya Kyiv, lapor media tempatan.
Insiden cubaan serangan ke atas menara setinggi 1,263 kaki (kira-kira 384 meter) itu turut disahkan Parlimen Ukraine melalui satu hantaran ringkas di laman sosial rasmi, sebentar tadi.
”Tentera Rusia baru sahaja melepaskan tembakan ke arah Menara TV di Kyiv,” tulis kenyataan.
Setakat ini, beberapa siaran televisyen di Ukraine dikatakan telah tergendala akibat serangan tersebut.
Selain menara telekomunikasi berkenaan, terdapat Pusat Peringatan Babyn Yar yang terletak di kawasan itu di mana ia menyimpan sejarah peristiwa pembunuhan beramai-ramai semasa penjajahan Jerman di Ukraine.
Menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sekurang-kurangnya lima orang telah dilaporkan terbunuh dalam serangan berkenaan sekaligus mengulangi sejarah 80 tahun dahulu.
”Kepada dunia: apa gunanya mengatakan ”tidak akan pernah lagi” selama 80 tahun, jika dunia berdiam diri apabila bom jatuh di tapak Babyn Yar yang sama? Sekurang-kurangnya 5 terbunuh, sejarah berulang,” tulis beliau.
Sumber: UA Parliament, The Kyiv Independent