Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membetulkan tarikh pelaksanaan Ujian Mendengar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang sebelum ini tersilap dinyatakan dalam ringkasan jadual peperiksaan terdahulu.
KPM perbetul tarikh ujian mendengar SPM 2026
Menerusi kenyataan KPM di Facebook semalam, memaklumkan jadual yang dikemas kini disediakan sebagai rujukan calon, ibu bapa, pihak sekolah dan media.
Berdasarkan jadual terkini, Ujian Mendengar Bahasa Melayu akan berlangsung pada 23 November 2026, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 24 November 2026.
Berikut merupakan jadual pelaksanaan peperiksaan SPM 2026 yang telah dikemaskini:


Sebelum ini, KPM mengumumkan seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM 2026. Peperiksaan tersebut akan dilaksanakan di 3,334 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
KPM turut memaklumkan bahawa jadual penuh peperiksaan SPM 2026 telah dimuat naik ke portal Lembaga Peperiksaan untuk rujukan semua pihak.
Sehubungan itu, calon dan ibu bapa dinasihatkan menyemak jadual terkini bagi memastikan tarikh peperiksaan yang dirujuk adalah tepat, khususnya bagi komponen ujian mendengar.
KPM turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul susulan kesilapan tarikh dalam ringkasan jadual sebelum ini.

