Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi, lapor Bernama TV.
Terdahulu, beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.03 pagi ini untuk mendengar keputusan di akhir kes pendakwaan.
Memetik ciapan Bernama TV, petugas media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi perkarangan lobi Mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi untuk mengikuti perkembangan keputusan kes tersebut.
Selain penyokong Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Ahmad Maslan kelihatan turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan dan mengetahui mengenai keputusan kes.
Ahmad Zahid didakwa terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Bernama TV