Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Wanita terlekat Dikejarkan Hospital
Gambar: Sinar Harian

Terlekat Uri Lepas Bersalin, Wanita Dikejarkan Ke Hospital Tanah Merah

Iqbal Yasir

Terlekat Uri Lepas Bersalin, Wanita Dikejarkan Ke Hospital Tanah Merah

JELI — Seorang wanita baru bersalin berdepan detik cemas apabila terpaksa dibawa meredah banjir hampir sedalam 0.5 meter menggunakan lori oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli, petik Sinar Harian.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Jeli, Leftenan (PA) Mohd Rozani Zainuddin, mangsa perlu dihantar ke Hospital Tanah Merah dari Hospital Jeli selepas mengalami masalah terlekat uri.

Bagaimanapun kebanyakan jalan dilaporkan sudah dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

“Kami menerima panggilan kecemasan untuk membantu seorang pesakit wanita berusia 40-an yang baru lepas bersalin.

“Pesakit tersebut diuji dengan urinya terlekat dan perlu mendapatkan rawatan lanjut serta segera di Hospital Tanah Merah,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Difahamkan, perjalanan ke hospital berkenaan dianggarkan sekitar 40 kilometer.

“Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun agak mencabar tetapi kami cuba sedaya upaya memastikan pesakit sampai dengan selamat untuk meneruskan rawatan,” katanya lagi.

Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Terus Meningkat Pagi Ini

Setakat pagi tadi, SK melaporkan melalui Bernama jumlah mangsa banjir terutama di dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan mendadak.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,023 berbanding 21,568 yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,698 di 40 PPS, diikuti Tanah Merah seramai 3,224 (22 PPS) dan Kuala Krai seramai 2,826 ditempatkan di 25 PPS.

Selain itu, di Pasir Puteh membabitkan 2,757 mangsa di 16 PPS, Tumpat seramai 2,405 di tujuh PPS, Kota Bharu 2,157 mangsa di 17 PPS, Bachok menempatkan 1,433 orang di enam PPS, Machang seramai 1,750 di 12 PPS dan di Jeli, 773 mangsa berada di enam PPS.

Sementara itu situasi banjir di Terengganu juga terus memburuk dengan jumlah mangsa direkodkan meningkat kepada 8,215 berbanding 3,768, 8 malam, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Negeri memaklumkan daerah paling teruk terjejas iaitu Besut merekodkan 3,205 mangsa daripada 838 keluarga yang berlindung di 51 PPS; manakala Hulu Terengganu mencatatkan 2,039 mangsa (713 keluarga) di 32 PPS.

Di Setiu, seramai 2,022 mangsa (577 keluarga) berada di 28 PPS, di Kemaman 503 mangsa (141 keluarga) di 14 PPS, Dungun 344 mangsa (102) keluarga di lima PPS; manakala di Marang seramai 102 mangsa (27 keluarga) di dua PPS.

Paras air sungai di 13 stesen seluruh negeri juga direkodkan melebihi paras bahaya antaranya Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu, Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Besut; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu, dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Kemaman.

Sumber: Sinar Harian