Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
banjir meningkat
Kredit: Bernama

Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Terus Meningkat Pagi Ini

Azizah Najib

Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Terus Meningkat Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 28 November (Bernama) — Jumlah mangsa banjir terutama di dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan mendadak pagi ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,023 berbanding 21,568 yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,698 di 40 PPS, diikuti Tanah Merah seramai 3,224 (22 PPS) dan Kuala Krai seramai 2,826 ditempatkan di 25 PPS.

Selain itu, di Pasir Puteh membabitkan 2,757 mangsa di 16 PPS, Tumpat seramai 2,405 di tujuh PPS, Kota Bharu 2,157 mangsa di 17 PPS, Bachok menempatkan 1,433 orang di enam PPS, Machang seramai 1,750 di 12 PPS dan di Jeli, 773 mangsa berada di enam PPS.

BACA: Air Paras Pinggang, Lelaki Gigih Harung Banjir Demi Selamatkan Lembu Ternakan

Sementara itu situasi banjir di Terengganu juga terus memburuk dengan jumlah mangsa direkodkan meningkat kepada 8,215 berbanding 3,768, 8 malam, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Negeri memaklumkan daerah paling teruk terjejas iaitu Besut merekodkan 3,205 mangsa daripada 838 keluarga yang berlindung di 51 PPS; manakala Hulu Terengganu mencatatkan 2,039 mangsa (713 keluarga) di 32 PPS.

Di Setiu, seramai 2,022 mangsa (577 keluarga) berada di 28 PPS, di Kemaman 503 mangsa (141 keluarga) di 14 PPS, Dungun 344 mangsa (102) keluarga di lima PPS; manakala di Marang seramai 102 mangsa (27 keluarga) di dua PPS.

Paras air sungai di 13 stesen seluruh negeri juga direkodkan melebihi paras bahaya antaranya Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu, Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Besut; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu, dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Kemaman.

BACA: Banjir Kilat: Warga Emas Maut Selepas Kereta Dihanyut Arus Deras Ke Dalam Sungai

Di Kedah, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 569 daripada 197 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 52 daripada 16 keluarga, malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Sik kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

“Lima lagi PPS baharu dibuka di Kubang Pasu, menjadikan keseluruhan enam PPS dibuka di daerah itu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Binjai, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu yang menempatkan seramai 535 mangsa daripada 184 keluarga.

“Sementara di Sik, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Kota Aur yang dibuka sejak semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Di Perlis, jumlah mangsa banjir juga mencatatkan peningkatan kepada 243 daripada 69 keluarga, berbanding 149 daripada 43 keluarga, malam tadi.

Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa banjir dari kawasan Arau merekodkan seramai 121 orang yang kini berada di PPS SK Guar Nangka dan PPS SK Arau iaitu masing-masing berjumlah 71 orang dan 50 orang.

BACA: Banjir: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Pasir Puteh

Sementara itu, di Perak jumlah mangsa banjir kekal 20 daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Parit Aman di Kerian, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak menerusi kenyataan memaklumkan mangsa membabitkan penduduk dari kawasan terjejas iaitu Kampung Parit Ali Kalang dan Kampung Parit Air Itam 2 di daerah berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan aras air Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN) dalam daerah Hulu Perak berada pada paras 166.02 meter, melepasi tahap bahaya.

Di Johor, jumlah mangsa banjir kekal 28 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Batu Badak, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata setakat pagi ini, dua sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Tiram di Kampung Bukit Dagang, Johor Bahru dan Sungai Paya Dato, Mersing.

Sumber: Bernama