Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terpaksa Hantar Mak Ayah Ke Rumah Orang Tua, Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Mufti

Amir Zakwan
Gambar Hiasan(Foto: MBS)

Seorang ibu dan bapa mampu menjaga ramai anak-anak, namun anak-anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa. Ungkapan ini sering digunakan bagi memperingati anak-anak agar membalas jasa ibu bapa dengan menjaga dan memanjakan mereka seperti mana mereka lakukan kepada ketika semasa usia muda mereka.

Bagaimanapun, ketika meningkat dewasa, anak-anak semakin sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Ada yang sibuk bekerja dan ada juga yang sibuk menuntut ilmu.

Ia sekaligus mengehadkan masa mereka untuk menjaga kedua ibu bapa di kampung sehinggakan ada yang terpaksa menghantar insan-insan istimewa ini ke rumah penjagaan orang tua.

Namun, adakalanya anak-anak bukan tidak mahu menjaga ibu bapa sendiri, tetapi terdapat pelbagai kekangan seperti masa atau kewangan malah ada juga ibu bapa sendiri yang memohon untuk dihantarkan ke rumah penjagaan kerana mahu mempunyai rakan berbual di sana.

Ada ibu bapa yang lebih gemar berada di samping rakan-rakan berbanding bersendirian di rumah anak.(Foto: Sweet Captcha)

Perkara ini telah menimbulkan persoalan mengenai apa hukumnya seorang anak menghantar orang tuanya ke pusat penjagaan. Persoalan ini telah pun dijawab oleh Mufti Wilayah Persekutuan melalui satu kiriman di laman web rasminya.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan