Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Alahan Teruk Dengan Ubat, Adik Ini Alami Sindrom Steven Johnson, Rabun Mata, Kulit Melepuh Satu Badan

Mungkin ada diantara kita yang pernah dengar tentang sindrom Steven Johnson ini dimana keadaan kulit yang melepuh akibat reaksi alahan badan manusia terhadap ubat-ubatan atau ejen jangkitan.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2000 hingga 2013, sebanyak 34 kes diterima berkaitan kesan melecur sehingga menampakkan daging pada seluruh muka dan badan selepas dirawat dengan ubat yang salah.

Penyakit ini berlaku kepada setiap individu yang mempunyai tahap sensitif pada benda asing yang berbeza. Pesakit yang mengalami Steven Johnson Syndrome ini akan mengalami tanda-tanda seperti bintik-bintik, lepuh berair, demam, letih badan serta sakit tekak.

Antara ubat-ubat yang boleh mengundang kepada sindrom ini adalah seperti:

  1. Allopurinol

  2. Diclofenac

  3. Etravirine

  4. Isotretinoin aka Accutane

  5. Fluconazole

  6. Valdecoxib

  7. Sitagliptin

  8. Oseltamivir

  9. Penicillins

  10. Barbiturates

  11. Sulfonamides

  12. Phenytoin

  13. Azithromycin

  14. Oxcarbazepine

  15. Zonisamide

  16. Modafinil

  17. Lamotrigine

  18. Nevirapine

  19. Pyrimethamine

  20. Ibuprofen

  21. Ethosuximide

  22. Carbamazepine

  23. Nystatin

Perkongsian daripada ibu ini sangat meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat keadaan anaknya yang mengalami sindrom Steven Johnson baru-baru ini. Diharap adik Khairi akan sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Genap 3 mnggu terlantar d hosp gara2 antibiotik… Alhamdulilah discharge sdh ensomboyku. Rpanya ubat bkn shj penawar tapi juga boleh menjadi ‘racun’. Walaupun discharge tp masih smbung rawatn mata dan mulut d rumah lagi… mata masi rabun.. mulut masih sakit….

Sekadar ingatan tuk smua… berhati2 makan or bg ank2 ubat.. jgn jd sptku..

Pada mulanya khairi demam n batuk2.. Dr bagi antibiotik, ubat batuk dan pcm.. slaps mkn 1 biji antibiotik kluar bintik2 merah d mulut dan tapak tangan. Dlm pikiranku.. khairi kena jangkitan HFMD.. truskan makan… slpas pil ke 3… dia mngadu sesak nafas dan kmi bawa ke unit kecemasan hosp likas.. .. pada mulanya di sangka campak.

Dr pakar siasat2… rpnya STEVEN JOHNSON.. Ni la nama pnyakit 1st time ku dgr… Lpas ni slpas telan 1 biji ubat kalu nmpk ada tanda2 merah2 d badan.. buatla sesuatu….

TERIMA KASEH pada semua sahabat dan family yang telah mendoakan Khairi…

TERIMA KASEH pada nurse2 dan Doktor2 di Hospital Likas.. layanan memang 1st class..

Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya… dan mudhan2 kalian sentiasa dalam rahmat Allah s.wt

Sumber: Nur Fazell