Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tersedak Cikgu Bila Kena "Sound" Dengan Murid
Budak-budak zaman sekarang memang "unexpected". Baru sahaja sesi persekolahan dibuka, sudah bermacam-macam kisah dikongsikan oleh ibu bapa dan warga pendidik di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads daripada seorang wanita yang dipercayai seorang guru.
Perkongsian itu memaparkan perbualan ringkas antara beliau dan seorang murid, mungkin berlaku ketika waktu rehat atau suasana santai di sekolah.
Tanpa disangka, dialog pendek itu berjaya mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 10,000 tanda suka. Perbualannya ringkas sahaja, tapi kesannya 'luar biasa'.

Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah cara fikir kanak-kanak yang polos dan jujur.
Dalam dunia mereka, mungkin hanya budak kecil sahaja yang 'layak' ada mak, manakala orang dewasa seolah-olah sudah berdikari sepenuhnya tanpa ibu bapa.
Hakikatnya, walau setinggi mana jawatan kita, walau sejauh mana usia meningkat, kita tetap anak kepada seseorang bergelar "ibu". Dan ya, sampai bila-bila pun, kita tetap nak ada mak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa terhibur dan "relate" dengan situasi tersebut.
"OMG, sama. Student kecil-kecil ni diorang rasa macam budak kecil je yang ada mak..."
"Sampai bila-bila pun nak ada mak, dik..."
"Kau ingat kita ni kucing ke, dah besar mak terus takde? Aku la ek..."
"Patut teacher cakap, mak teacher sayang teacher. Hari-hari bekalkan makanan pergi school."
"Nanti time report card cakap kat mak dia yang anak dia cakap macam tu kat teacher..."
Bila fikir balik, di sebalik kisah guru dan murid ni, sebenarnya terselit satu hakikat yang cukup menyentuh hati, kan? Kasih seorang ibu tidak pernah ada tarikh luput.
Tak kira kita masih beruniform sekolah atau sudah bergelar 'seseorang', kita tetap anak yang perlukan doa, perhatian dan kasih seorang mak.