Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Terus Keras Lepas Kena Ketuk”, Tular Video Lelaki Pukul Kepala Anjing Dakwa Untuk Dijadikan Sate

Foto: @MALAYSIAVIRALL

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap kita dengar mengenai kekejaman yang dilakukan kepada haiwan. Antara kes berprofil besar berkaitan haiwan yang tular secara atas talian ialah pengurungan beruang matahari di rumah dan pengabaian kucing di sebuah pusat penjagaan di Sabah baru-baru ini.

Yang terbaru, satu video telah dikirimkan secara atas talian dan memaparkan seorang lelaki telah memukul kepala seekor anjing menggunakan sebatang besi.

Foto: @MALAYSIAVIRALL

Dalam video tersebut, anjing malang berkenaan dilihat terus menjadi ‘keras’ selepas kepalanya diketuk kuat sebaik sahaja dikeluarkan dari sangkat yang turut didiami beberapa ekor anjing yang lain.

Dia didakwa melakukannya untuk membunuh anjing berkenaan sebelum dijadikan sate. Kejadian itu dikatakan berlaku di salah sebuah negara jiran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tujuan sebenar lelaki itu dan apakah nasib yang menimpa anjing-anjing lain yang berada di dalam sangkar yang sama.

Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL