Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tesla Lulus Pakej Gaji Lebih RM4 Trilion, Elon Musk Bakal Jadi Trilionair

Sofea
tesla pakej gaji elon musk
Kredit: AFP

Tesla Lulus Pakej Gaji Lebih RM4 Trilion, Elon Musk Bakal Jadi Trilionair

Pemegang saham Tesla pada Khamis telah meluluskan pakej gaji besar-besaran untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk yang berpotensi mencecah AS$1 trilion (kira-kira RM4.17 trilion).

Memetik AFP, pakej tersebut yang dirangka bagi memastikan Musk terus berkhidmat dengan Tesla menerima lebih 75 peratus sokongan pemegang saham.

Sorakan ‘Elon’ kedengaran selepas keputusan undian diumumkan di kilang Tesla di Austin, tempat mesyuarat tersebut diadakan.

“Saya ingin mengucapkan setulus terima kasih kepada semua orang yang menyokong undian ini, saya sangat menghargainya,” kata Musk.

Musk kini menjadi figura yang mencetuskan pelbagai reaksi, sebahagiannya disebabkan sokongannya terhadap ahli politik berhaluan kanan termasuk Presiden Donald Trump. Namun, undian pada Khamis itu sekali lagi membuktikan pengaruh besar beliau dalam kalangan pelabur.

Untuk pengetahuan, pakej ini bertujuan untuk memastikan Musk kekal di Tesla selama sekurang-kurangnya tujuh setengah tahun.

Ia akan meningkatkan pegangan saham beliau dalam Tesla daripada kira-kira 12 peratus kepada lebih 25 peratus.

Musk sebelum ini menggambarkan potensi pertumbuhan Tesla sebagai hampir tiada batas, dengan menyatakan pada Julai lalu bahawa syarikat itu akan menjadi ‘syarikat paling bernilai di dunia’ jika berjaya mencapai kemajuan yang dirancang dalam pemanduan autonomi dan AI.

Namun, Musk juga pernah memberi isyarat bahawa beliau mungkin meninggalkan Tesla atau berundur daripada peranan utamanya sekiranya pegangan sahamnya tidak cukup besar untuk memberi pengaruh terhadap masa depan syarikat itu.

BACA: Elon Musk Hilang Sekitar RM128 Bilion Dalam Sehari

Pengerusi Tesla, Robin Denholm, dalam rayuannya kepada pemegang saham supaya menyokong cadangan itu berkata, mengekalkan Musk amat penting untuk masa depan Tesla, malah memberi amaran bahawa harga saham syarikat boleh jatuh sekiranya beliau berundur.

Selain itu, lembaga pengarah Tesla juga menolak kritikan bahawa sokongan Musk terhadap tokoh politik kontroversi telah menjejaskan jualan syarikat.

Pelabur Tesla sememangnya terkenal dengan kesetiaan mereka kepada Musk, termasuk dalam undian mengenai pakej gaji 2018 bernilai AS$55.8 bilion yang telah beberapa kali disekat oleh mahkamah Delaware susulan tuntutan undang-undang pemegang saham.

Selepas keputusan terbaru mahkamah Delaware itu, Denholm dan lembaga Tesla menyemak semula pelan gaji Musk, dengan mula meluluskan pakej sementara bernilai AS$29 bilion pada Ogos, sebelum memperkenalkan rancangan lebih besar pada September.

Musk yang memiliki nilai kekayaan lebih AS$500 bilion dan merupakan individu terkaya di dunia menurut senarai Forbes, perlu mencapai 12 penanda aras berkaitan nilai pasaran untuk memperoleh keseluruhan pakej itu.

Bahagian pertama hanya akan dibayar apabila Tesla mencapai nilai pasaran AS$2 trilion, meningkat daripada AS$1.5 trilion ketika ini.

Pelan tersebut turut menetapkan sasaran keuntungan operasi dan pembangunan produk, termasuk penghantaran 20 juta kenderaan Tesla.

Sumber: AFP