Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tesla Panggil Balik 360,000 Kereta Susulan Kerosakan Perisian FSD

Syed Faisal Sayed Muhammad
Tesla panggil balik kereta
Kredit BERNAMA

Tesla Panggil Balik 360,000 Kereta Susulan Kerosakan Perisian FSD

LOS ANGELES, 17 Feb (Bernama) — Tesla pada Khamis memanggil semula 362,758 kereta Tesla untuk membaiki kecacatan pada perisian “Full Self Driving” (FSD).

Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu, lapor tca/dpa.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Bertahun-tahun pengkritik “menyerang” syarikat itu dan mendakwa penggunaan perisian itu berisiko kepada keselamatan awam.

Meskipun pengawal selia dikatakan lambat bertindak namun langkah terbaru itu menunjukkan Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) semakin serius mengenai kenderaan pemanduan sendiri dan keselamatan awam, kata pakar sistem autonomi di George Universiti Mason, Missy Cummings.

Sumber: BERNAMA